
rabiatulshahirah98
6 tahun
Pendarahan di awal pregnant
Saya pregnant kali kedua … tapi saya ke toilet sb rasa mcm ada keputihan saya cuba lap dengan tisu tapi saya nampak ade kedan warna pink dekat toilet sikit sahaja kesan nya … adakah itu effect dari kandungan saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi, maklumat lebih lanjut seperti usia kandungan anda, sejarah kehamilan pertama dan maklumat kesihatan lain adalah diperlukan.
Kehamilan membawa pelbagai risiko dan biasanya pihak kami akan berhati-hati terhadap sebarang simptom walaupun kecil. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang simptom yang anda hadapi. Sila pantau keadaan anda dan kandungan dan laporkan sebarang keadaan di luar kebiasaan.
Anda boleh rujuk masalah ini kepada doktor sakit puan anda atau hubungi pihak kami di link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat lanjut. Ini adalah perlu bagi memastikan maklumat lanjut didapati sebelum membuat kesimpulan dan pemeriksaan boleh dilakukan sekiranya perlu. Terima kasih.