
azrulfauzi54
4 tahun
Pendarahan hampir 5kali sehari
Saya lelaki dalam 20an. Saya ada masalah pendarahan yang agak banyak pada gigi geraham bawah belah kiri yang sudah berlubang/sudah rosak. Pada lubang tersebut keluar macam gusi bengkak. Tiap kali saya baring,akan berlaku pendarahan pada gigi tersebut. Pendarahan agak banyak dalam 2hari ni. Saya takut nak jumpa doktor gigi. Nanti doktor suruh cabut gigi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.