
matdon2005
6 tahun
Pendarahan implantasi
Doktor boleh kah saya tahu, pendarahan implantasi berlaku hanya pada 1 hari sahaja atau boleh berlaku berhari hari? Dan macam mana hendak mengenalpasti perbezaan pendarahan implantasi dan pendarahan haid?

6 tahun
Selamat sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang dajukan
Implantasi adalah keadaan di mana sperma mensenyawakan telur dalam tiub fallopian. Selepas itu, sel dibahagikan dan bilangannya semakin bertambah (blastocyst). Setelah itu, blastocyct akan terbenam dalam tisu uterus/rahim dan ini dikenali sebagai implantasi. Implantasi selalu berlaku dalam tempoh masa sepatutnya anda datang haid.
Antara cara membezakan pendarahan haid dengan pendarahan implantasi adalah:
- Warna darah yang berbeza: Darah haid berwarna merah tua. Pendarahan implantasi pula biasanya berwarna merah jambu pucat atau coklat pekat.
- Tidak beku: Pendarahan implant tidak ada darah beku dan teksturnya tak sama seperti darah haid.
- Tempoh yang lebih pendek: Menstruasi normal berlangsung selama tiga ke tujuh hari. Tapi pendarahan implantasi hanya memerlukan sedikit masa seperti selama beberapa jam atau tiga hari secara keseluruhan.
- Tak berat seperti haid: Ketika haid, anda perlu pakai tuala wanita kerana darah akan mengalir memenuhi seluar dalam. Tapi pendarahan implan tak memerlukannya kerana hanya sedikit saja darah akan keluar.
Harap penjelasan di atas menjawab soalan anda. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih