
Sulit
4 tahun
Pendarahan ketika hamil 11 minggu
Saya berusia 27. Hamil 11 minggu dan berlaku perdarahan.kini sudah berlalu 2 minggu. Masih terdapat lagi darah berwarna coklat pada pentiliner. Adakah normal darah tersebut masih keluar coklat & berapa lama utk sembuh?
Bagaimana jika selepas seks berlaku perdarahan lgi??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah anda perlu diperiksa dengan lebih terperinci. Sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan dalam keadaan anda kerana kekurangan maklumat.
Secara amnya, pendarahan pada trimester pertama kehamilan adalah disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Fibroid and polip dalam rahim
- Perubahan pada pangkal rahim (normal dalam kehamilan)
- Jangkitan pada pangkal rahim atau faraj
Jika anda melakukan seks sewaktu kehamilan ia pendarahan boleh berlaku disebabkan pangkal rahim (cervix) menjadi lebih sensitif. Hubungan seks boleh menyebabkan luka dan pendarahan. Namun begitu, ini hanyalah keterangan secara am. Seeloknya anda mendapatkan pemeriksaan keadaan anda di klinik berdekatan untuk mendapatkan kepastian dan kesimpulan dalam hal ini.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.