
Sulit
4 tahun
Pendarahan ketika hamil bahaya atau tidak
Saya berusia 26 tahun dan baru disahkan hamil pada minggu lepas iaitu 6 minggu 3 hari… tetapi saya mengalami pendarahan sehingga sekarang…saya tidak mengalami kram perut yg teruk ataupun pening2…cuma saya risau jika pendarahan yg saya alami ini mejejaskan kandungan saya…kadang2 pendarahan itu sikit…kadang2 tak ada pendarahan…kadang2 ada pndarahan sehingga memenuhi pantyliner sya… apa yg prlu sya buat doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan pada trimester pertama kehamilan adalah perkara yang sering berlaku dan 15-25% wanita hamil akan mengalaminya. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan pada waktu trimester pertama iaitu:
- Pendarahan daripada serviks kerana banyak perkembangan saluran darah berlaku di bahagian itu
- Jangkitan pada bahagian kemaluan
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.