
iziegirlz97
4 tahun
Pendarahan selepas cabutan gigi
Saya gadis berumur 22 tahun… Saya baru sahaja selesai membuat cabutan gigi… Cabutan gigi saya mengambil masa yang lama kerana akar terlalu kuat… Sekarang, sudah 2 jam lebih saya cabut gigi tetapi darah masih lagi keluar… Perlukah saya meletakkan gauze lagi? Atau sudah tidak perlu? Kerana gauze yg diberi pihak hospital sudah habis…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah pendarahan berlarutan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka yang terlalu dalam atau besar
- Masalah komponen darah yang menghentikan pendarahan
- Irritasi oleh bahan kimia
Jika pendarahan ini masih berlarutan dan disertai dengan simptom lain seperti sesak nafas, berdebar-debar, pening kepala ataupun pitam. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.