
Anonymous
6 tahun
Pendarahan selepas IUI
Saya baru menjalani IUI (permanian) pada jumaat lalu 23/11/18… jangkaan period sy masih lama iaitu 8/12/2018… harini sy mengalami pendarahan seperti period… Adakah IUI saya tidak berjaya?

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pendarahan selepas prosedur IUI adalah normal dan dipanggil spotting. Ia boleh disebabkan luka dari proses IUI sendiri atau darah dari rahim anda jatuh apabila proses “implantation” oleh sperma dan ovum yang telah bersenyawa.
Simptom lain yang boleh anda hadapi selepas prosedur ini adalah berasa “cramp” atau senggugut serta keluarnya cairan dari faraj.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sakit puan anda bagi memastikan perkara ini.
Anda juga boleh klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor. https://tinyurl.com/y7vtxnzf