Sulit
2 tahun
Pendarahan semasa kehamilan
hi doctor , saya berumur 29 tahun , saya tidak datang bulan dah hampir dua bulan , upt urine test cek positive hamil. hari ni saya ke jabatan emergency sebuah hospital kerajaan kerana mengalami pendarah . urine test disana sahkan saya negatve tidak hamil dan disarankan ke hospital swasta untuk pemeriksaan lanjut bagi pengesahan lebih teliti . boleh saya minta kepastian untuk kesangsian saya .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda atas perubahan keputusan UPT dan pendarahan yang telah berlaku, dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, UPT (ujian kehamilan air kencing - Urine Pregnancy Test) digunakan untuk mengesan tahap hormon hCG dalam badan. Hormon hCG dihasilkan oleh sel ari-ari (plasenta).
Antara penyebab keputusan UPT tidak jelas / samar-samar adalah:
- Mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan - tahap hormon mungkin tidak stabil terutamanya pada mula mengandung.
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Keputusan ujian positif juga boleh disebabkan:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kehamilan anggur
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Ubat-ubatan (sesetengah ubatan dapat meningkatkan hormon hCG)
- Sista ovari ( ovarian cyst )
Tanpa pemeriksaan dan soal siasat yang terperinci, agak sukar untuk kami memberikan maklumat yang tepat kepada anda. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya ikut nasihat doktor untuk meneruskan pemeriksaan lanjut untuk diagnosis dan rawatan yang lebih tepat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut selepas rujukan anda ke hospital, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.