
Anonymous
4 tahun
Pendarahan vagina pada hari kesuburan
Hai Saya azizah umur 25 tahun telah berkahwin dan tidak ada anak lagi…period Saya datang pada 13/5/2019 dan telah pun Berhenti pada 18/5/2019 dan bila hari ke 27/5/2019 (hari ke15 subur) Saya dapati faraj Saya mengeluarkan cecair merah gelap seperti macam nak datang period hanya setompok Di seluar dalam Saya tetapi keluar dalam jam 11am atau 12pm selepas pada itu tiada lagi cecair yg keluar , pada keesokan hari 28/5/2019 (hari ke16 subur) Saya dapati ada keluar spotting brownish tapi tidak melekat Di seluar dalam Saya masa yg sama 11am atau 12pm selepas itu tiada lagi, pada 29/5/2019 (hari ke17subur) Saya dapati masih ada tetapi sedikit sahaja dan cair masa 11am atau 12pm selepas itu tiada lagi keluar… Saya risau adakah itu darah implantation atau darah period yang masih tersisa dalam Rahim Saya atau sebaliknya?? Saya tidak pernah mengelami perkara sebegini… boleh doctor terangkan kepala Saya terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan sekiranya UPT positif
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.