
Sulit
4 tahun
Penderaan mental dan emosi
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya kerap berada di dalam bilik gelap sepanjang hari. Ibu saya kerap melontarkan perkataan-perkataan yang mengguris hati saya sejak kecil. Saya akan diam dan berkurung didalam bilik selama beberapa hari sehingga tenang. Solat saya tak tinggal. Kehidupan saya diatur oleh ibu saya. Dari sekolah hingga ke universiti. Saya dikongkong oleh ibu saya dari zaman persekolahan hingga kini. Berbeza dengan adik yang lain diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Saya banyak meluahkan masalah dengan rakan baik kerana setiap kali saya ingin luahkan kepada ibu. Tiada respon yang baik. Ibu saya kerap melontarkan perkataan yang agak berbisa serta tengking adalah perkara biasa. Saya juga mengalami masalah menggeletar ketika presentation. Sewaktu berusia 9 tahun, saya pernah letakan pisau diperut. Tapi, azan menyelamatkan saya. Sewaktu kecil juga saya dipukul dan diherdik oleh ibu. Saya juga senantiasa merasakan diri saya tidak berguna dan ingin pergi jauh daripada ibu saya. Bantulah saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gangguan stress yang dihadapi setelah sekian lama terutamanya disebabkan oleh ibu anda yang tidak memberi kebebasan sehingga boleh menyebabkan kemurungan, sukar untuk bergaul, serta kegelisahan apabila menghadapi orang ramai.
Pada pendapat dari pihak kami, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menghadapai gangguan emosi yang anda tengah hadapi iaitu:
- Hadiri sesi kaunseling bersama ibu anda mengenai masalah ini dengan pakar perancang rumah tangga atau pakar psikatri.
- Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.
- Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.
- Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kes penderaan yang perlu diketahui sebelum ia menjadi diluar kawalan.
- Timbulkan hobi atau minat yang baru yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada gangguan emosi yang dihadapi ketika ini.
- Mengelakkan tayangan media yang boleh mencenderungi ke arah depressi dan gangguan emosi serta kesihatan mental.
- Tontonilah tayang video yang bermotivasi dan memberi semangat serta keyakinan kepada anda dalam segala kegelisahan yang berlaku ketika ini.
- Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami ingin nasihatkan anda untuk sentiasa bersemangat, dan selalu ingat orang sekeliling yang tersayang yang boleh memberikan kebahagiaan kepada anda walaupun sementara. Jangan berputus asa dengan hidup kerana kita lebih bernilai daripada yang kita jangkakan. Jika anda mengalami episod gangguan emosi sehingga boleh terdapat kecenderungan untuk mencederakan diri ataupun orang sekeliling, anda anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 atau melayari laman web ini untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.