Sulit
4 tahun
Penerangan tentang kehamilan
saya wanita berumur 23 tahun, saya nak tanya saya bersama dengan suami saya pada 20/9 dan saya datang haid pada 25/9 hingga 30/9 dan pada bulan ni saya haid pada 24/10 hingga 30/10. adakah saya boleh hamil sebab saya bersama suami saya pada 20/9 dan saya pjj dengan suami saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila terjadi persenyawaan antara ovum dan juga sperm, hormon wanita iaitu progesterone dan juga estrogene akan meningkat yang akan menyebabkan dinding rahim menjadi semakin menebal untuk perlekatan janin. Selama hormon ini terus meningkat, wanita hamil tidak akan datang haid.
Selama tempoh kehamilan, anda tidak akan datang haid. Oleh itu, berdasarkan pernyataan anda bahawa anda telah datang haid sebanyak dua kali selepas bersama dengan suami anda, ia bermakna anda tidak hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan






























