
Sulit
3 tahun
Penerima vaccine covid-19 dan ada sejarah penyakit
nenek saya berumur 65tahun…dan akan menerima vaksin dos pertama minggu depan…boleh ke nenek saya makan ubat darah tinggi sebelom pergi cucuk vaccine??nenek saya ade penyakit darah tinggi

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika nenek anda boleh meneruskan pengambilan ubat darah tinggi sebelum menerima vaksin. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, seseorang individu yang mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis ataupun penyakit jantung digalakkan untuk meneruskan pengambilan ubat mengikut waktu walaupun sebelum menerima vaksin.
Namun antara ubat yang tidak digalakkan ambil adalah ibuprofen atau aspirin sebelum vaksinasi kerana ia boleh mengurangkan kadar efektif vaksin.
Anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini