
shashalicious07
5 tahun
Pengambilan acid folic dan susu anmum
Hi doctor,saya disah kan hamil 5minggu dan baru menjalani imbasan ultrasound tapi masih belum kelihatan,adakah ianya terlalu awal?berapa minggu waktu yang sesuai untuk scan semula?dan boleh kah saya mengambil acid folic 5mg bersama susu anmum materna yang juga mengandungi acid folic juga,saya takut kalau pengambilan dos akan berlebihan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh melakukan imbasan ultrasound ppada minggu ke-7 kehamilan anda. Jantung bayi akan terbentuk sepenuhnya pada kira-kira minggu tersebut. Anda boleh mengambil folic acid dengan susu anmum. Folic acid dalam susu tersebut tidak tinggi. Untuk makluman anda, folic acid merupakan supplemen sahaja.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.