
Sulit
4 tahun
Pengambilan amoxicilin ketika awal trimester pregnancy
saya pregnant 2 bulan. saya mengalami sakit gigi yang teruk. saya pergi ke klinik gigi dan dr cadangkan saya untuk cabut gigi tersebut. saya plan untuk cabut gigi tersebut pada bulan disember nanti iaitu pada trimester kedua kerana berasa sedikit selamat. walau bagaimanapun, disebabkan terdapat infection di gigi tersebut, dr menyuruh saya mengambil antibiotik amoxicilin sebanyak 10 pil dan saya telah makan sebanyak 3 pil setakat ini. soalan saya, adakah selamat untuk saya mengambil antibiotik amxocilin ketika trimester pertama? bahayakah baby dalam kandungan jika saya mengambil amoxicilin ini? soalan terakhir, bolehkah saya cabut gigi pada trimester kedua nanti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, tahniah atas kehamilan anda!
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ya, amoxicillin adalah antibiotik yang selamat untuk kehamilan. Amoxicillin adalah daripada kategori ubat penicillin yang mana merupakan antara jenis antibiotik yang selamat buat wanita mengandung trimester pertama.
Sebagian besar rawatan gigi akan lebih selamat dilakukan setelah ibu melahirkan. Namun, begitu, pada beberapa keadaan, doktor mungkin memberi cadangan untuk mencabut gigi ketika wanita tersebut hamil agar keluhan tidak bertambah parah. Sekiranya, rawatan tersebut harus dibuat, ia sebaiknya dilakukan pada trimester kedua. Hal ini kerana ianya lebih selamat berbanding dilakukan ketika trimester pertama bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada tumbesaran janin. Ia juga tidak disyorkan untuk dilakukan pada trimester ketiga, kerana kebanyakan para ibu mengandung memberi aduan lenguh dan sakit pinggang akibat duduk yang lama semasa rawatan memandangkan keadaan perut yang semakin membesar.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih