
Sulit
3 tahun
Pengambilan Cetrizine Selepas Vaksin Astra Zeneca
Salam Doc
Boleh ke saya ambil Cetrizine pada hari ketiga selepas pengambilan dos 1 vaksin? Ada yang saya baca, hanya PCM sahaja yang boleh. Saya memang consume cetrizine bila saya mula selsema, bersin, dan badan ada rasa gatal2. Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan anda diatas, anda ingin mengetahui mengenai penggunaan ubat cetrizine dan vaksin COVID-19. Untuk pengetahuan anda, setiap pemeriksaan doktor adalah diperlukan keatas seorang pesakit dan diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (sekiranya perlu)
Bagi menentukan langkah-langkah rawatan yang lebih khusus dan tepat serta jika terdapat kontraindikasi vaksin.
Selain itu, mengambil sesuatu langkah tanpa merujuk doktor terlebih dahulu lazimnya boleh mengakibatkan:
- potensi interaksi ubat, tubuh badan dan vaksin
- kesan sampingan yang dapat membahayakan kesihatan
- Gangguan kepada kesan vaksin
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini