
Sulit
4 tahun
Pengambilan panadol & clarinas ketika hamil
Bolehkah makan panadol and clarinas ketika hamil 5 bln

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, panadol adalah dalam kelas ubat yang dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit yang) dan antipyretics (pengurang demam). Ia berfungsi dengan mengubah cara deria sakit badan dan menyejukkan badan. Setakat ini, Panadol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil,jika diambil dalam dos yang terkawal.
Manakala, berkenan ubat clarinase, ia tidak disyorkan kepada ibu mengandung. Anda dinasihatkan untuk tidak mengambil Clarinase jika anda hamil atau menyusu kecuali anda telah membincangkan risiko dan faedah yang berkaitan dengan doktor atau ahli farmasi anda sesuai dengan tahap kesihatan anda.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih