
Sulit
3 tahun
Pengambilan ubat elergic selepas vaksin
Salam sejaterah saya telah mengambil vaksin dos pertama pada 7 sep…dan sekarang masuk hari ke 4…masalah saya ada alahan kecil di tangan kanan serta badan ada merasa gatal² tapi tidak serius…persoalan sekarang bolehkah saya mengambil ubat elergic dari framasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah selamat, bersih dan berkesan untuk melawan wabak. Namun, bagi beberapa individu mereka boleh mengalami beberapa kesan sampingan vaksin tersebut sepertimana dalam situasi anda.
Anda dibenarkan untuk ambil ubat alergi bagi mengurangkan simptom yang anda alami. Walaubagaimanapun, jika simptom tersebut semakin teruk serta anda mengalami gejala baharu yang membimbangkan sila bergegas ke hospital.
Sebarang pertanyaan lanjut, kami sarankan ia dibawa kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini