Sulit
4 tahun
Pengambilan vaksin Covid-19
Salam. Doc, ayah sy ada menghidapi epilepsi,kencing manis dan darah tinggi, boleh atau tidak mengambil vaksin Covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 boleh diambil dan selamat untuk individu yang memiliki epilepsi (sawan), kencing manis dan darah tinggi. Namun, ia bergantung juga kepada kondisi kesihatan dan keadaan tubuh badan pesakit setelah pemeriksaan yang dijalankan oleh petugas kesihatan sebelum vaksinasi.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, anda digalakkan untuk mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan ataupun kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV. Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
[email protected]
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























