
Sulit
3 tahun
Pengambilan vaksin dos kedua
Selamat sejahtera. Saya masih mengalami simptom covid seperti sesak nafas dan keletihan walaupun saya telah habis 14 hari kuarantin. Bolehkah saya mengambil vaksin dos kedua memandangkan vaksin dos pertama saya luput pada 31 ogos 2021. Dos kedua saya sepatutnya pada 19 ogos 2021 namun saya masih berkuarantin pada tarikh tersebut. Saya juga ada mengambil ubatan seperti anti biotik dan ubat batuk yang diberikan oleh doktor kerana masih ada kesan covid di paru paru.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda digalakkan menghubungi jabatan berkaitan, CPRC di 0388810200/+60178429454 atau pusat vaksinasi anda hadiri tersebut. Terangkan masalah anda ini dan mereka akan memberitahu anda arahan terkini untuk diikuti serta kemas kini tarikh vaksinasi anda.
Sekiranya anda dibenarkan untuk terima suntikan vaksin mengikuti tarikh asal dia, sila mengikut SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menghabiskan kuarantin terlebih dahulu, supaya anda tidak merebak jangkitan Covid-19 kepada kalangan orang ramai.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini