
Sulit
3 tahun
Pengambilan vaksin selepas pembedahan
Hai Doktor. Saya baru selesai tonsillectomy dalam 2 minggu lepas. Saya nak tanya, boleh ke saya ambil vaksin dalam masa terdekat ni?. Atau perlu tunggu sehingga sembuh sepenuhnya?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil vaksin COVID-19 setelah membuat pembedahan. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), sekiranya anda mempunyai sejarah membuat pembedahan baru-baru ini dan melibatkan bius, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor anda supaya doktor anda dapat memberikan keputusan bilakah waktu terbaik untuk mengambil vaksin tersebut. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda juga perlu diketahui dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda memerlukan pandangan kedua, sila hubungi doktor kami di atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini