Sulit
4 tahun
Pengambilan vaksin untuk wanita ikhtiar hamil & wanita yang sedang ambil pil perancang
Hi doc, saya nak dapatkan kepastian berkaitan info pengambilan vaksin untuk wanita yang sedang ikhtiar hamil. Betulkah wanita yang sedang ikhtiar hamil tidak digalakkan ambilan vaksin dan mengapa?
Soalan kedua saya bagi pihak ibu saya. Adakah wanita yang sedang ambil pil perancang juga tidak boleh ambil vaksin?
Terima kasih Doc.
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, tahniah atas kehamilan anda!
Untuk makluman anda, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing. Perkara ini penting bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19 terutamanya bagi kakitangan kesihatan, bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Buat masa ini, belum ada data tersedia mengenai pemberian vaksin kepada wanita mengandung. Para pengkaji masih dalam proses meneliti faktor keselamatan, toleransi, dan imunogenik dalam kajian yang dijalankan terhadap wanita yang hamil.
Walaupun tidak dinafikan golongan ini memerlukan vaksin disebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerana data yang tidak mencukupi, pemberian vaksin COVID-19 kepada ibu mengandung (lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada pada minggu ke 14-33 kehamilan) adalah tidak disyorkan buat masa ini. Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita mengandung tersebut mempunyai risiko menjadi rentan, misalnya seorang petugas barisan hadapan. Vaksinasi dapat dipertimbangkan atas kebenaran dan nasihat pakar.
Namun pengambilan pil perancang tidak menjadi halangan bagi mereka yang ingin turut serta mendapatkan vaksin COVID-19.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























