
Sulit
3 tahun
Penganbilannvaksin Astrazeneca kepada pesakit gerd dan anxiety
Sy berumur 41 thn. Saya dah dapat tarikh vaksinasi untuk jenis Astrazeneca. Sy bimbang kerana sy ada gerd dan anxiety seperti jantung akan berdebar debar secara tiba tiba. Bolehkah sy meneruskan vaksinasi Astrazeneca tersebut. Adakah ianya selamat bagi pesakit gerd dan anxiety seperti sy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penyakit G6PD dan pengambilan vaksin.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada mereka yang memiliki sejarah penyakit gerd . Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan, serta melaporkan kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
info@vaksincovid.gov.my
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini