shereenandrew
5 tahun
Pengangkutan awam ke klcc
Saya plan nak bawak anak 2 tahun pergi aquaria klcc. Nak naik train pergi klcc. Is it safe?
5 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum, bahawa anda ingin membawa anak untuk pergi ke Aquaria menaiki keretapi dan menuju ke KLCC. Saya percaya bahawa anda mengetahui tentang wabak COVID-19 yang kian menular kini. Selamat ataupun tidak merupakan perkara yang sukar untuk diberikan jaminan kerana virus serta risiko ada di mana-mana. Namun, anda boleh untuk mengurangkan risiko dengan melakukan langka pencegahan sperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala
Sebaiknya, anda mengurangkan aktiviti yang memerlukan keberadaan anda di tempat awam. Saya harapkan nasihat serta informasi ini dapat dipraktikkan secara optima.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































