
Sulit
4 tahun
Pengesahan ubat orlistat 120mg
salam doc…boleh ke ubat orlistat 120mg xenical digunakan untuk mengurangkan sakit gigi?sy confused sebab sy ada search tentang ubat ni katanya digunakan untuk mengurangkan obesity…thanks a lot doc😊

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala sakit boleh disebabkan oleh banyak perkara dan perlu mendapat rawatan doktor gigi. Antara punca sakit gigi termasuk:
- gigi berlubang
- jangkitan gigi dan gusi
- gigi patah atau pecah
- gangguan saraf kranial
- dan lain-lain
Bagi menentukan rawatan yang sesuai, anda perlu mendapatkan khidmat doktor gigi terlebih dahulu.
Umumnya orlistat adalah ubat bagi mengurangkan penyerapan lemak ke dalam badan.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.