
Anonymous
5 tahun
Pengguguran kandungan usia 7 minggu
Saya mengalami keguguran pada 15/7/2019, di usia kandungan 7minggu, jadi, hari ni merupakan hari ke 4 sya gugur. soalan saya, adakah normal atau tidak, sehingga kini saya masih mengalami pendarahan dan darah yang pekat (berketul)berwarna merah hati, dan terdapat lendir pada darah tersebut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda berkemungkinan menghadapi masalah keguguran tidak lengkap iaitu terdapat saki baki janin yang masih tinggal di dalam rahim.
Anda amat disarankan bertemu dengan pihak doktor untuk memastikan anda gugur lengkap atau tidak lengkap melalui pemeriksaan fizikal dan ujian diagnositik. Sekiranya anda gugur lengkap, anda boleh datang haid semula seawal 3 hari dan selewat 4 minggu seterusnya bergantung kepada tahap hormon anda. Seterusnya membolehkan anda untuk mengandung bayi berikutnya.
Saranan saya, berjumpalah dengan pakar sakit puan untuk memastikan ia keguguran yang lengkap, memastikan keadaan rahim yang optimum dan mengelakkan sebarang komplikasi seperti jangkitan kuman dan bakteria yang tidak diingini.
Terima kasih