
Sulit
5 tahun
Penggunaan Minyak Angin Pada Trimester Pertama
Hi doctor. Saya berusia 27 tahun, hamil anak sulung dan sekarang pada trimester pertama. Saya sering sakit cramp di bahagian rahim dan sakit pinggang sehinggakan susah nak tidur. Boleh ke saya sapu minyak angin pada bahagian perut dan belakang pinggang? Ada kemungkinan boleh membahayakan janin ke? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Tanpa menyebutkan jenis ubat minyak angin yang digunakan serta jenama, adalah sukar untuk pihak kami mengenalpasti kesesuai ubat tersebut.
Untuk menanyakan secara langsung tentang kesesuaian ubat, silakan hubungi farmasi kami pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.