
Sulit
4 tahun
Penghidap G6PD dan vaksin Covid-19
Saya menghidap kekurangan G6PD sejak dari bayi lagi. Boleh ke individu macam saya ni mengambil vaksin Covid-19, dijamin tanpa risiko?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, individu yang kekurangan glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD) berisiko mengalami krisis hemolitik setelah terdedah kepada oksidan atau jangkitan. Individu dengan kekurangan G6PD lebih rentan terhadap jangkitan coronavirus. Tindak balas imun yang berubah terhadap jangkitan virus dijumpai pada individu dengan kekurangan G6PD. Bagi pemberian vaksin COVID-19 terhadap penghidap penyakit G6PD, tidak ada kontraindikasi (larangan) yang relevan bagi perkara ini. Namun, sebaiknya, anda merujuk perkara ini secara langsung kepada doktor kerana data kesihatan yang menyeluruh adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini