
raniatang
5 tahun
Penghidap sakit thyroid sejak pertengahan 2015
Saya penghidap sakit thyroid sejak pertengahan 2015 sampaisekarang,Berat badan saya meningkat ada ka normal untuk pesakit thyroid?atau mungkin pengaruh ubat,atau ada gejala sakit lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi soalan anda, masalah tiroid, lebih khusus hypothyroid boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Hypothyroid adalah apabila kelenjar tiroid (organ yang terletak di leher) menghasilkan terlalu sedikit hormon. Hormon ini adalah hormon T3 dan T4 yang dikenali sebagai hormon tiroid. Simtom masalah hypothyroid adalah:
1. Berat badan bertambah
2. Kurang selera makan
3. Keletihan
4. Tidak tahan sejuk
5. Senang lupa
6. Ubah paras rupa
7. Kemurungan
8. Nafsu seks yang rendah
9. Bengkak leher
10. Mata bengkak
11. Kulit and rambut yang kering dan rapuh
12. Sakit sendi
13. Sakit otot
14. Lemah badan
15. Sembelit
16. Perubahan dalam haid dari segi jumlah atau kekerapan
17. Kurang pendengaran
18. Hallusinasi
19. Refleks yang perlahan
20. Kadar denyut jantung yang rendah.
21. Perubahan suara.
Hormon tiroid bertanggungjawab untuk semua proses metabolisma dalam badan. Semua simtom yang disebutkan di atas adalah disebabkan oleh kadar metabolisma yang berkurangan. Ini disebabkan oleh hormon tiroid yang dikurangkan seperti disebut tadi. Oleh kerana terdapat pengurangan hormon tiroid, kadar metabolisma juga berkurang. Metabolisma adalah proses yang mengubah makanan menjadi tenaga.
Oleh kerana makanan kurang ditukar menjadi tenaga, ia akan diserap dan disimpan dalam sel-sel. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan bertambah dan selera makan yang kurang. Simptom-simptom ini boleh diuruskan menggunakan ubat penggantian tiroid.
Tujuan ubat ini adalah untuk memulihkan tahap hormon tiroid dalam lingkungan normal. Ubat yang paling biasa digunakan ialah Levothyroxine. Ubat ini biasanya diberikan untuk seumur hidup. Ia juga penting untuk memantau tahap hormon tiroid secara berterusan apabila bermula ubat ini (sekali setahun).
Ini kerana ia adalah perkara biasa untuk dos dia terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperthyroid. Kecukupan dos biasanya dicapai melalui pemantauan selama sekurang-kurangnya 6 minggu.ini sebab semua orang memerlukan dos yang berbeza. Penambahbaikan yang boleh dirasa mungkin tidak bermula sehingga 2 minggu selepas mula ambil ubat dan pemulihan lengkap simtom mungkin mengambil masa 6 bulan.
Saya menyarankan Syafinaz melawat doctor untuk mengetahui sama ade dos ubat cukup ke tak kalau masalah ini beterusan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.