Sulit
3 tahun
Pening dan berpeluh di kepala
Kepala saya sakit di sebelah kiri dan berpeluh dibahagian kepala. Kadang2 rasa rasa loya. Ia berlaku sejak bahagian kepala seblah kanan belakang saya sakit dan benjol kerana kawan saya mengetuk kepala saya dengan botol dan tepuk dibahagian tersebut atas sebab bergurau. A
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala sangat lazim dan ianya berkemungkinan tidak serius. AKan tetapi, sekiranya anda mengalami gejala seperi di bawah bersama dengan sakit kepala, amat disarankan untuk anda mendapatkan pemeriksaan lanjut memandangkan terdapat kemungkinan masalah yang serius berlaku. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.