
Sulit
3 tahun
Pening dan jantung laju, telinga berdesing sehari selepas vaksin
Hi doc saya lelaki berumur 27tahun pada 04/08 saya pegi ke ppv untuk suntikan vaksin,tetapi pada 05/08 saya mengalami pening dan jantung laju 105bpm perminit adakah itu kesan sampingan biasa atau saya perlu mendapatkan rawatan.telinga saya juga berdesing dan tidak selesa

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda khuatir dengan kesan sampingan vaksin Covid-19.
Simptom-simptom yang dialami seseorang daripada vaksin Covid-19 berbeza dan kebiasaannya akan reda dalam beberapa hari.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Anda bolehlah mengawal simptom menggunakan beberapa petua dibawah.
Antaranya:
- Meletakkan Kompres sejuk di bahagian tangan yang dicucuk.
- Tidak merehatkan tangan untuk tempoh waktu yang terlalu lama
- Mendapatkan nasihat doktor untuk ubat yang boleh dibeli atas kaunter.
- Memperbanyakkan air yang diminum
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh mendapat nasihat doktor melalui konsultasi atas talian kami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini