
Sulit
4 tahun
Pening dan kepala rasa berat
Saya telah menghisap flavour yang org kte sbg flavour pening, sye mncuba hanya beberapa kli dan sudah berhenti tetapi effectnye msih ade selepas dua hari saya hisap tapi kawan saya hnye beberapa jam shj kesannya, knp ye?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Secara umumnya sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
- Kesan pengambilan ubat-ubatan atau produk
Oleh itu, saya sarankan anda agar menghindari dahulu perkara-perkara yang dicurigai dapat mengakibatkan gangguan tersebut, dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.