
Sulit
3 tahun
Pening dan lemah tidak dapat hilang
Suami saya disahkan positive pada 9 ogos dan mengalami pening dan lemas badan…suami saya hanya kuarintin di rumah sahaja… hari ini adalah hari keenam kuarintin… apa yang saya risau adalah kenapa suami saya mengalam ipening dan lemas badan… adakah perkara ini biasa untuk pesakit covid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, gejala yang kerap dikaitkan dengan jangkitan Covid-19 adalah seperti berikut :
- Demam mengigil
- Selesema
- Batuk
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit otot dan sendi
- Muntah dan cirit-birit
- Kehilangan deria bau dan rasa
- Sesak nafas
Gejala yang suami anda alami adalah normal bagi pesakit Covid. Sekiranya gejala bertambah teruk dan simptom lain muncul, sila maklumkan kepada petugas CAC berdekatan untuk mendapatkan nasihat mengenai langkah-langkah lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini