
Anonymous
5 tahun
Pening Dan rasa tak sedap badan Dan kaki tangan jadi lenguh
Sy lelaki 30 an …sy mngalami pening melayang 24 jam Dan penyakit INI dh hampir 7 tahun… Badan sy selalu rasa tak sedap kaki tangan sy jd lenguh… Telinga berdesing Dan kepala slalu sakit… Mata sy pon slalu jd pedih wlupon tidur bnyk… Bila sy berdiri tegak terase bumi INI mcm bergoyang… Makin teruk ia trjadi jika selepas sy mkn atau sesuatu masuk dlm perut sy… Sy tak boleh fikus dlm kerja sbb pnyakit INI… Dh bnyk Kali pegi hospital kerajaan tp xde perubahan… Blhkh sy tau apekan sebenarnye mslh sy ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya ‘vertigo’.
Bagi mengenal pasti punca masalah anda, konsultasi lanjut dan pemeriksaaan fizikan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Anda boleh berjumpa pakar ENT( Ear, Nose, and Throat) di hospital atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.