
rasyidaheda
5 tahun
Pening di bahagian mata(kening)
Assalamualaikum,sye ingin menayakn bahawa sye mngalmi sakit dibahagian kening mata yg mane terase skit,bile si picit pon berase sakit,xpernah jd cmni dn da berlarutan selama 4 hari. Ianya seperti tetapi hnya dikawasn kening mata,dipangkalnya,sgt skit bile dipicit,bile tdk pcit berase tgang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk makluman anda, antara perkara yang boleh menyebabkan gejala sedemikian adalah:
- Migrain
- Sakit kepala cluster
- Masalah otot mata
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih