
Sulit
3 tahun
Pening, keletihan, tidak bermaya, mengantuk, senak dada, selsema
Salam Dr. Saya berusia 24, saya tidak sihat, pening, keletihan tidak bermaya, mengantuk, kadang kala senak dada, sesak nafas selsema. Boleh jelaskan. Bagaimana saya hendak pergi klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai beberapa gejala yang merisaukan anda. Kini anda ingin tahu cara-cara untuk membuat temu janji di klinik untuk simptom yang anda alami.
Bagi temujanji di Klinik Kesihatan, anda boleh melakukan melalui aplikasi MySejahtera. Tekan pada paparan Digital Health, kemudia pilih bahagian Clinic Appointment Booking. Kebanyakan slot temujanji KK terdapat dalam pilihan QueueMed. Namun, ia bergantung kepada kawasan kediaman anda. Jika anda berada di Selangor, kebanyakan KK di Selangor boleh ditempah temujanji pada QueueMed.
Anda juga boleh membuat temujanji secara atas talian dengan doktor kami. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.