fadleyabdulrahim
7 tahun
Pening kepala bahagian Kanan
Assalamualaikum & Salam sejahtera Doc. Says Lelaki berumur 38 Dan Saya mengalami sakit pening kepala yang sangat kerap di bahagian belakang kepala sebelah kanan setelah sehelai bulu mata saya masuk ke dalam Mata Dan sampai sekarang ia masih lagi belum dikeluarkan Dan menyebabkan Mata sebelah Kanan saya kurang jelas penglihatan. Adakah pening ini berpunca dari objek seperti bulu Mata tadi boleh menyebabkan rasa pening saya? Kerana rasa pening yang saya hadapi hilang Dan datang dalam Masa satu Hari. Terima kasih.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Sakit mata - akibat masuk bendasing, tekanan dalam mata naik (glaukoma)
- Migrain - juga boleh menyebabkan gejala pada mata
- Tekanan darah tinggi - ini biasanya akan menyebabkan sakit kepala pada bahagian belakang dan juga mata
- Masalah pada otak belakang - seperti jangkitan kuman, ketumbuhan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































