norkhairunisa92
5 tahun
Pening kepala berpusing dan anemia
Saya wanita 28 tahun belum berkahwin. Sejak kebelakangan ini,saya selalu mengalami pening kepala dan rasa persekitaran seperti berpusing. Selalunya ia akan menyerang ketika saya sedang baring dan ketika ingin bangun tidur. Selain itu, sekarang ini, saya tidak boleh tunduk terlampau lama kerana saya akan pening berpusing. Untuk pengetahuan doktor saya mempunyai masalah anaemia dan mengambil ubat untuk menambah darah di hospital. Adakah pening kepala ini disebabkan anemia yang saya hadapi? Saya sudah mengambil ubat untuk menambah darah selama 3 bulan,jika saya masih lagi mengalami anemia,apakah ujian yang patut saya lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anemia adalah salah satu punca pening kepala kerana kekurangan oksigen pada otak, tetapi terdapat juga punca lain seperti:
- stress
- lapar. Kelaparan boleh menyebabkan migrain
- persekitaran yang tertekan
- perubahan hormon
- tidur yang tidak cukup
- dehidrasi
- migrain
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda menjadi lebih teruk. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































