
syuhada149
5 tahun
Pening Kepala beserta peluh
Saya berumur 25tahun… Pada usia belasan tahun, saya kerap mengalami pening kepala sehingga berpeluh dibahagian kepala… selepas bersalin anak kedua,saya kerap terkena sakit kepala berserta peluh ni… ada cara untuk mengubatinya? adakah ini salah satu faktor yang saya kekurangan darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda sebutkan, gejala sakit kepala mempunyai pelbagai faktor dan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer boleh disebabkan seperti:
- Sakit kepala tegang
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala sekunder pula boleh disebabkan seperti:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Tekanan darah tinggi
- Masalah struktur otak - seperti jangkitan kuman, ketumbuhan lebihan cecair didalam otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.