
an9053
5 tahun
Pening kepala dan keletihan
saya wanita dan ister berumur 33 tahun dan memakai implan ( ini tahun ke 2). Sejak minggu lalu saya mengalami pening kepala. Tetapi tidak berlaku setiap hari. Skala pening saya pada Skala 1 sy rasa. cuma pening kepala ini mengganggu saya walaupun tidak terlalu sakit.
Saya merasakan pening kepala pada sekitar dahi,adakalaya kepala sebelah kiri atau belakang leher.
kebelakangan ini juga saya berasa keletihan. Apakah ini simptom penyakit tertentu ?
terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- kandungan gula rendah pada darah
- dehidrasi
- vertigo
- kurang kandungan darah merah pada darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.