
Sulit
5 tahun
Pening kepala Dan mual
Saya remaja Dan Saya telah mngalamj pning kpala yg lama Dan hri ini masuk 9 Hari Saya juga berasa loya Dan mual akibat pning kepala itu Dan mengganngu aktiviti harian Saya . Tetapi Saya hnya alami siptom itu sahaja Dan tidak Ada siptom lain Saya juga penggemar kaffein. Adakah pening Saya ini akibat kaffein , jerebu atau prakara lain. Saya amat risau krana Saya ta pernah ta sihat sbgini Dan ia sngt mnjejaskn pljaran saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pening kepala dan loya yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti kafein, keju, coklat
- Sakit kepala tegang - akibat stres, jerebu
- Keracunan makanan
- Kesan ubat-ubatan - sekiranya ada mengambil ubat, suplemen atau jamu
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.