
nuraiminabihah83
6 tahun
Pening kepala dan muntah
Saya remaja perempuan berusia 19 tahun. Saya mula pening pada umur 9 tahun. Saya akan pening dan muntah kemudian pengsan. Sewaktu itu saya kerap kali keluar masuk hospital dan ia berlanjutan sehingga saya berusia 12 tahun. Ia menyebabkan keputusan peperiksaan saya merosot. Kini saya tak pengsan. Tapi sewaktu saya berusia 13 tahun, saya terjatuh tangga yang menyebabkan saya koma 2 minggu. Doktor mengesahkan saya lumpuh separuh badan. Berikutan sewaktu saya koma doktor mengatakan saya 50/50 untuk hidup kerana mengalami tekanan darah rendah, suhu tinggi, tekanan air rendah. Hampir mengambil air tulang belakang. Kini blh bergerak seperti biasa tapi anggota yg lumpuh lemah kadang2 saya rasa seperti yg anggota tiada. Hasil pemeriksaan kali terakhir iaitu x -tray sewaktu berusia 14 tahun mendapati otak sebelah kanan saya mengecut. Sejak awal sehingga kini saya kerap pening dan rasa nak muntah… Ingatan saya juga merosot. Pekerjaan yg sy buat waktu pagi tak dapat saya ingat dgn baik. Saya juga lupa akan pekerjaan yg sy nk buat. Kdg2 sesuatu kerja yg mudah tapi blh buat sy rasa susah dan buat salah… Kadang2 saya risau dgn kemampuan diri. Terima kasih…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami dan bersimpati terhadap keadaan yang anda alami. Namun begitu, adalah di luar kepakaran kami di DoctorOnCall untuk membantu dalam rawatan anda. Apa yang kami boleh sarankan adalah agar anda sentiasa positif dan tidak mudah putus asa walaupun memiliki kekurangan. Teruskan rawatan dan dapatkan nasihat seandainya merasa tertekan. Sokongan keluarga dan rakan terdekat juga adalah amat penting.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!