
cheritachucks
5 tahun
Pening Kepala dan Panik Ketika Memandu
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya seorang lelaki berumur 25 tahun. Baru baru ini semasa tempoh PKP, saya sering pening kepala dan terasa seakan akan tidak stabil. Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila saya memandu kereta. Apabila saya memandu di jalanraya, saya akan terasa panik seperti ingin pengsan. Saya juga mengalami sakit di bahagian tulang belakang dan mempunyai rekod disc bulge di L5,S1.
Saya amat risau akan keadaan saya sekarang kerana saya tidak mampu untuk memandu kereta seperti biasa. Sebelum PKP ini, saya boleh memandu dengan tenang dan tidak panik seperti sekarang. Saya mohon Dr dapat bantu memberi pencerahan dan langkah yang saya perlu lakukan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh:
- Kurang tekanan darah
- Dehidrasi
- Migrain
- Benign positional vertigo
- Ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.