
lisayongky
6 tahun
Pening kepala & mual
Saya wanita 18thun …baru menikah 9bulan lalu. 1 minggu ni saya rasa sangat penting kepala dan mual tapi tak munta. Nak kata hamil? Tapi saya belum telat hait.
Tanggal hait saya bulan March 27

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, walaupun pening dan mual sering dikaitkan dengan tanda awal kehamilan, gejala ini bukanlah spesifik untuk kehamilan sahaja.
Masalah sistem pencernaan juga boleh menyebabkan anda pening dan mual. Namun begitu, sekiranya anda mengesyaki anda hamil, anda boleh lakukan ujian kehamilan, atau tunggu sehingga lewat haid untuk melakukan ujian tersebut.
Sekiranya gejala ini masih mengganggu anda dan anda tidak hamil, sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui puncanya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.