
niniesabri5
4 tahun
Pening kepala rasa macam nak pitam
saya perempuan berumur 16tahun mengalami masalah pening macam nak pitam ketika nak berdiri dari bangun tido atau baring . dan apa yg saya rasakan ketika itu adalah pening , mata nampak gelap hitam macam nak pitam , lama sikit baru dia okay . saya kurang minum air putih , adakah itu salah satu punca ?
Boleh saya tahu apa puncanya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah akibat pertukaran posisi atau “Postural Hypotension”
- Kurang darah merah atau “Anemia”
- Kurang gula atau “Addison’s disease”
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut termasuk ujian darah adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.