
Sulit
3 tahun
Pening kepala seperti melayang & memusing
Saya perempuan berumur 27 tahun…dah 2 hari saya berasa pening memusing…saya takde demam,selsema dan sebagainya…saya duduk dan berdiri pon berasa pening…kadang tu baring pon pening.lepas urut kepala,hilang pening lepastu berasa pening semula…20hb hritu sy vaksin dos 1…adakah ni tindakbalas dri vaksin?atau sebab lain?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami akan cuba membantu.
Kesan sampingan vaksin berbeza bagi setiap individu.
Adalah benar banyak dilaporkan simptom yang dinyatakan oleh orang ramai.
Kesan sampingan ini jikalau kerana vaksin akan bertambah baik dengan masa.
Namun demikian jikalau anda masih mempunyai simptom sebegini dan ianya berlarutan,anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini