
Sulit
3 tahun
Pening kepala setelah vaksin dos 2
Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak tnya, daya baru sahaja vaksin dos 2 (sinovac) pada 11/9/2021. pada awalnya saya tidak mempunyai kesan sampingan, tetapi selepas sehari dos 2 saya mengalami pening kepala (di bahagian belakang kepala).Sakit kepala ini juga membuatkan saya berasa mengantuk. Selain itu, saya juga merasakan urat tegang dibahagian tengkuk. Adakah ini normal? saya telah mengalami kesan smpingan ini selama 5 hari tanpa dan keadaanya on off. perlu kah saya berjumpa dengan doktor. Terima kasih

3 tahun
Walaikumussalam dan Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan vaksin Covid-19 ialah :
- Demam
- Mengigil
- Keletihan
- Sakit kepala
- Pening
- Sakit badan
- Sakit sendi dan otot
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Kesan sampingan vaksin ini boleh dilihat sehingga 6 minggu pasca vaksinasi. Oleh itu, ada kemungkinan untuk anda mengalami kesan sampingan vaksin Sinovac. Kebiasaanya, kesan sampingan vaksin akan hilang selepas beberapa hari. Jika simptom anda berpanjangan ataupun bertambah teruk, sila dapatkan rawatan di klinik. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini