
haizahassan8
5 tahun
Pening kepala tangan kiri kebas
Saya wanita berumur 23tahun dan sekarang sy mengalami sengal sengal dan lenguh di lengan kiri . Sy juga kadang2 perasan badan sy bergoyang seiring dengan degupan jantung . Ada apa2 vitamin yg perlu sy mkan atau sy kekurangan zat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti gejala yang berkaitan iaitu lemah di lengan kiri, demam, kebas di lengan kiri, durasi simtom dan macam-macam lagi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.