
Sulit
4 tahun
Pening kepala yang teruk dan susah untuk tidur kalau sebelum jam 3
saya berumur 15 tahun,saya rasa macam hidup saya dah tak bermakna dan rasa nak commit suicidal tapi saya tahu itu bukanlah jalan yang terbaik sebab bunuh diri pun haram dalam islam tapi tula saya bukan anak kesayangan dan mak saya pun jenis pilih kasih dalam sehari tu saya makan sehari sekali tapi tu pun sikit je.saya boleh ketawa kalau ada joke tapi kalau saya berseorangan saya rasa nothing like rasa kosong.saya cuba untuk buat saya punya homework tapi saya rasa macam kalau saya buat pun tetap exam akan dapat markah teruk baik takyah buat.saya nangis setiap hari sebab nangis akan membuatkan saya lega sekejap.saya cuba nak bagi tahu mak saya tentang apa yang saya rasa tapi saya takut diorang cakap saya just overreacting or just being dramatic.saya harap saya boleh dapat bantuanla dengan speck out masalah saya kat sini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pada masa ini anda mungkin tertekan dan fikiran anda sedang kusut buat masa ini. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan keluarga anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.