
Sulit
4 tahun
Pening ketika suapan pertama ketika makan
Saya wanita berumur 28tahun. Saya mempunyai masalah ketika suapan pertama untuk makan, saya akan berasa seperti pitam sehingga sy perlu pejam mata kemudian keadaan menjadi seperti biasa. Ada juga masa ketika mengalamai dejavu, saya akan berasa pitam dan mual. Adakah ini normal? Harap doktor dapat menjawab persoalan saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah
- Anaemia
- Sindrom epilepsi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.