
Sulit
3 tahun
Pening,muntah dan keluar darah
Saya baru kahwin, saya pening kepala, muntah banyak, kerap loya dan hari ini ada keluar darah sikit

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Meniere disease
- Benign paroxysmal positional vertigo
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
Untuk masalah muntah darah anda, boleh disebabkan oleh beberapa sebab antaranya adalah:
- Pendarahan daripada ulser di duodenum
- Pendarahan daripada ulser di perut
- Hakisan gastrik/ perut (gastric erosion)
- Saluran vena di esofagus membengkak (esophageal varices)
- Luka/ koyakan diantara esofagus dan perut (Mallory-Weis tear)
- Karsinoma esofagus (esophageal carcinoma)
- Karsinoma perut (gastric carcinoma)
- Refluks asid (Gastroesophageal regurgitation disease - GERD)
- Hiatal hernia (Hiatus hernia) - sebahagian daripada perut masuk ke kawasan berhampiran dengan esofagus
- Tertelan bahan penghakis
- Divertikular Meckel (Meckel’s diverticulum) - terdapat sebahagian daripada pepoket usus yang terkeluar daripada tempatnya
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor